Debat PTPTN : SIAPA MENANG, SIAPA KALAH???
Rabu lalu bersamaan 23 haribulan 5, berlangsungnya
debat isu PTPTN yang mana menampilkan dua orang pemimpin muda yang satunya dari
parti kerajaan merupakan kegilaan setiap wanita dan seorang lagi parti
pembangkang yang cukup bijak berkata-kata dalam membidas setiap apa yang
diperkatakan namun hanya auta semata. Memang cukup hebat debat isu PTPTN yang
mana masing-masing berhujah, tapi sayang bila debat yang sepatutnya menjelaskan
mengenai isu PTPTN gagal didebatkan secara profesional oleh pendebat dari parti
pembangkang. Beliau cuba berceramah politik diatas pentas debat dengan
mengeluarkan cerita auta dan bukannya fakta bagi menyaingi pencabarnya dari
parti kerajaan. Adakah kualiti PR begini yang ingin kita pilih
untuk memerintah Malaysia? Tepuk dada, Tanya iman..
Dalam debat tersebut, pihak pembangkang
menjustifikasikan pemansuhan PTPTN dengan berhujah bahawa PTPTN merupakan beban
kewangan kepada negara di masa depan. Beliau berhujah tanpa menggunakan akal
pada masa itu. Sebab beliau tidak fikir yang keadaan ekonomi negara ini
sentiasa maju ke hadapan dan yang sentiasa maju ke belakang ialah amalan
homoseksual ketua parti pembangkang mereka sahaja. Seterusnya beliau menuduh
bahawa semua mahasiswa ni ‘bodoh piang’ sebab tidak boleh mencari pekerjaan
dengan gaji lumayan. Memang sudah sah-sah beliau ini, berhujah berdasarkan
pemikiran orang kolot!
Parti pihak kerajaan boleh tahan
juga walaupun mengelak menjawab soalan pihak pembangkang mengenai bapa
mertuanya. Kira beliau mampu menjawab balik dan memberikan sebab yang agak-agak
munasabah dengan sikit sipi-sipi untuk di terima akal. Adakalanya pihak
pembangkang membalun pihak kerajaan dan adakalanya beliau membalun pihak
pembangkang.
Sebenarnya, isu pemansuhan PTPTN ini
adalah isu sasaran pihak parti pembangkang apabila ketua yang mereka
agung-agungkan itu begitu teruja di atas pentas mahu bercakap berkenaan dengan
pendidikan percuma gara-gara berkempen untuk ‘BUSUK 3.0’ setelah kempen ANTI
PTPTN oleh kudanya gagal menarik penyertaan ramai mahasiswa lain yang sibuk
mengejar kecemerlangan bagi mendapatkan pengecualian pembayaran PTPTN dengan
memperolehi Ijazah Kelas Satu dengan kepujian.
Secara amnya, PTPTN sebenarnya bukan
isu pun. Skim ini tidak dipaksakan ke atas mana-mana mahasiswa pun. Siapa nak
ambil sila lah. Siapa tidak mahu, tiada paksaan ke atas mereka. Jadi ini bukan
isu melainkan sekadar senda gurau politik bingai dalam budaya politik baru yang
amat tolol.
Persoalan sebenarnya disini ialah
bagaimana mahasiswa hendak mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka dan
memperolehi ijazah kelas Pertama dengan kepujian jika pakatan asyik menghasut
mahasiswa berdemo di jalanan? Bagaimana mereka hendak mencari pekerjaan dan
membuat perancangan untuk kerjaya mereka jika asyik di kacau dan diganggu oleh
hantu-hantu parti pembangkang di kampus? Renung-renungkanlah..
Rakyat Malaysia diharapkan tidak
diperbodohkan dengan janji retorik pemimpin pembangkang kerana jika benar
mereka ikhlas membela rakyat sudah pastinya mereka akan bersama sama kerajaan
memikirkan jalan yang elok demi kebaikan rakyat dan juga negara dan bukannya
bertindak menghapuskan hutang yang perlu dibayar bagi membina generasi yang
seterusnya. Wahai rakyat sekalian, marilah kita bersama-sama ‘Tepuk dada, Tanya
hati’. Moga apa yang diperjuangkan, menjadi manfaat besar buat kita bersama.